Berbual dengan pakar

Merupakan ruangan penampilan seorang pakar dalam domain keilmuan yang berkaitan bagi menawarkan pelantar keilmuan untuk komunikasi ‘tasit’. Ruangan ini juga menawarkan kemudahan podcast, webcast dan webinar untuk menerokai khazanah keilmuan u-Pustaka melalui pakar dan tetamu jemputan istimewa.

 

Webinar

Bagaimana menyertai Webinar

  1. Daftar sebagai ahli u-Pustaka.
  2. Daftar masuk portal.
  3. Layari pautan Berbual dengan Pakar.
  4. Klik pada salah satu tajuk di dalam senarai Webinar Akan Datang.
  5. Anda akan melihat Daftar Untuk Menyertai Acara Ini pada ruangan sebelah kanan.
  6. Mesej akan dipaparkan. Klik Ya untuk mendaftar atau klik Tidak untuk abaikan.
 

Persediaan Webinar

Kesemua Webinar u-Pustaka dilaksanakan menggunakan perisian Adobe Connect Pro. Komponen audio pada setiap Webinar  mungkin berbeza mengikut program.

Oleh yang demikian, sila pastikan komputer anda dilengkapi dengan perisian Adobe Connect Pro sebelum berlangsungnya Webinar. Sila layari  http://webinar.u-library.gov.my/common/help/en/support/meeting_test.htm untuk memastikan konfigurasi komputer dan rangkaian  berada dalam keadaan yang baik.

Ujian diagnostik adalah seperti berikut:

  1. Boleh menyokong  versi Flash Player
  2. Hubungan jelas kepada Adobe Connect Pro
  3. Kesediaan lebar jalur
  4. Perisian Acrobat Connect Add-in terkini

 

Webinar akan datang
Tiada webinar terbaru buat sementara waktu. Sila kembali lagi untuk maklumat lanjut mengenai webinar akan datang.