Welcome

  • Utama
  • Log Masuk
Large Size Default Size Medium Size Piawan W3C untuk OKU Texts Adjuster
  • Utama
  • Profil
    • Profil
    • Latar Belakang
    • Visi / Misi
    • Objektif
    • Piagam Pelanggan
    • Perkhidmatan u-Pustaka
    • Carta Organisasi
    • Logo
    • Hubungi Kami
  • Bilik Berita
    • Bilik Berita
    • Berita
    • Pengumuman
    • Peristiwa
    • Sudut Suapan Berita
    • Galeri Multimedia
  • Kiub Info
    • Kiub Info
    • Lokasi Gelongsor Buku
    • Statistik
    • Fakta & Angka Menarik
    • Suara Rakyat
    • Mengenai 4 Tunggak Pengetahuan
    • Manual Pengguna u-Pustaka
  • Panduan & Polisi
    • Panduan & Polisi
    • Polisi Keahlian
    • Polisi Perkhidmatan u-Pustaka
    • Piawaian W3C Untuk OKU
    • Soalan Lazim
  • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan
    • Pendaftaran Ahli
    • Forum Perbincangan
    • Tanyalah u-Pustaka
    • Berbual Dengan Pakar
    • Sudut Kanak-Kanak
    • Sudut Remaja
  • E-Sumber
    • E-Sumber
    • Pangkalan Data
    • Kandungan Tempatan
    • Kandungan Luar Negara
  • Carian
    • Carian
    • Carian Katalog
    • Ulasan Elektronik
  • Peta Laman
Profil » Perkhidmatan u-Pustaka
 
 
Perkhidmatan u-Pustaka
Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Portal u-Pustaka menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat.
u-Pustaka Secara Keseluruhan
Komponen Penerbitan Web
Komponen ini mengandungi keseluruhan maklumat mengenai latar belakang, siaran media, ucapan, polisi dan maklumat, lampiran fakta, statistik, tajuk paling popular, pautan, suapan berita, sumber elektronik dan sebagainya bagi menampilkan pengetahuan yang disumbangkan oleh Perpustakaan Konsortium u-Pustaka.
Portal u-Pustaka merupakan gabungan kandungan mengenai peristiwa, aktiviti dan berita yang boleh dikongsi oleh Perpustakaan Konsortium u-Pustaka, statistik mengenai pendaftaran keahlian u-Pustaka dan status sambungan Internet oleh ahli u-Pustaka terutamanya bagi pautan kepada Terbitan Kerajaan, Direktori Perkhidmatan Awam, Perpustakaan dan Kerjasama Kepustakawanan Sedunia, Perpustakaan di Malaysia, Badan-badan Profesional Kementerian dan Agensi Kerajaan di Malaysia, Kerajaan Negeri dan Agensi, Kandungan Tempatan, dan Saluran TV dan Radio Secara Atas Talian. Ciri-ciri Mashup juga digunakan bagi memaparkan gabungan data, perkhidmatan dan idea.
Komponen Pengurusan Kandungan
Komponen Pengurusan Kandungan dalam Portal u-Pustaka mengandungi maklumat yang dibina atau dipilih khusus untuk ahli-ahli u-Pustaka dalam bentuk Ulasan Elektronik, Papan Pemuka untuk tiga segmen keahlian, Sumber Elektronik dan Buku Audio.
Ulasan Elektronik menyediakan perkongsian maklumat secara efisien dan akses yang tepat kepada dokumen asal yang membolehkan keputusan dapat dibuat lebih pantas dengan pilihan buku-buku untuk membaca dan juga memaklumkan kepada ahli u-Pustaka sumber maklumat terkini yang terdapat di dalam Konsortium u-Pustaka. Ia juga merupakan satu bentuk interaksi dengan pembaca yang diperkasakan dengan fungsi ulasan yang boleh disumbangkan sendiri berdasarkan kepada ulasan asal oleh pustakawan dari Konsortium u-Pustaka. Dalam hal ini, ulasan buku menawarkan penghayatan berguna keatas koleksi perpustakaan yang boleh dikongsi dengan Communities of Interest atau komuniti yang berkongsi minat yang sama di kalangan ahli u-Pustaka yang boleh menyertai perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Konsortium u-Pustaka.
Papan Pemuka memberikan pendekatan yang komprehensif dalam menguruskan maklumat keahlian u-Pustaka dengan maklumat bersepadu yang menawarkan titik sentuh di mana profil ahli dirangkaikan dengan perkhidmatan u-Pustaka.
Papan Pemuka Untuk Kanak-Kanak:
 
Papan Pemuka Untuk Remaja:
   
Papan Pemuka Untuk Ahli Dewasa:
   
Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.
Buku Audio menawarkan buku-buku dalam format audio yang boleh diakses oleh ahli u-Pustaka dan Ahli Atas Talian.
Komponen Kolaborasi
Komponen Kolaborasi menawarkan landasan untuk rangkaian sosial, penerokaan pengetahuan, perkongsian dan pertukaran pengetahuan seluruh komuniti pembelajaran di semua peringkat umur untuk pembelajaran sepanjang hayat untuk berhimpun di Portal u-Pustaka sebagai hab keilmuan untuk kolaborasi menerusi Berbual Dengan Pakar, Forum Perbincangan dan menerokai kemungkinan bagi penemuan pengetahuan menerusi Tanyalah u-Pustaka.
Tanyalah u-Pustaka adalah "Meja Bantuan" untuk Portal u-Pustaka yang diuruskan secara bersama oleh tujuh perpustakaan Konsortium dengan kemudahan literasi maklumat, rujukan dan khidmat nasihat penyelidikan untuk semua ahli u-Pustaka.
Berbual Dengan Pakar menyediakan kemudahan secara atas talian untuk ceramah, mesyuarat, temubual dan seminar yang memaparkan pakar-pakar dalam domain pengetahuan tertentu dan juga tetamu khas yang akan dijemput dari masa ke semasa oleh Konsortium u-Pustaka. Ahli-ahli u-Pustaka boleh mendaftar masuk ke dalam Portal u-Pustaka untuk mendegar, melihat slaid pembengtangan dan juga berbual dengan pakar.
Forum Perbincangan menawarkan landasan untuk menarik perhatian ahli-ahli u-Pustaka dan pelbagai Communities of Interest atau komuniti yang berkongsi minat yang sama untuk menyertai perbincangan atas talian dalam bidang Perniagaan, Ekonomi, Sains dan Teknologi.
Komponen Perkhidmatan
Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan u-Pustaka:
1.
Perkhidmatan peminjamandan pemulangan u-Pustaka menyediakan akses kepada maklumat secara telus kepada Katalog Induk Kebangsaan (KIK) dan Sistem Pengurusan Perpustakaan (LMS) yang sedia ada di tujuh perpustakaan. Permohonan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka berupaya untuk dirangkaikan kepada Gerbang Penghantaran oleh pihak Pos Laju dan Gerbang Pembayaran Tanpa Tunai oleh pihak MEPS dan Touch ‘n Go bagi tujuan peminjaman, pemulangan, penempahan dan pembaharuan sumber-sumber fisikal pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Senario Pencarian:
1.
Portal u-Pustaka membolehkan ahli-ahli u-Pustaka untuk melaksanakan kaedah pencarian yang akan merungkai sumber pengetahuan menerusi Judul, Pengarang, Perkara, ISBN/ISSN, Penerbit, Tahun Penerbitan dan fungsi pencarian Katakunci. Hasil pencarian membolehkan ahli-ahli u-Pustaka untuk memilih sumber-sumber fizikal dari Konsortium u-Pustaka berdasarkan status keberadaan bahan maklumat tersebut.
Senario Peminjaman:
Portal u-Pustaka menyediakan ciri-ciri berikut untuk scenario peminjaman:
1.
Pemilihan sumber-sumber fizikal daripada koleksi yang sedia ada di Konsortium u-Pustaka dan kemudahan untuk menempah bahan.
2.
Kos penghantaran menerusi perkhidmatan Pos Laju.
3.
Pemilihan kaedah pembayaran elektronik menerusi MEPS FPX dan Quik2Go dalam Portal u-Pustaka bagi perkhidmatan penghantaran dan denda lewat pemulangan; MEPS e-Debit dan Touch ‘n Go untuk denda lewat pemulangan atau denda untuk kehilangan bahan pinjaman di stesen-stesen kaunter atau kios pelbagaiguna.
4.
Peringatan untuk denda lewat pemulangan yang perlu dibayar sebelum proses peminjaman berikutnya.
5.
Kemaskini secara atas talian untuk status sirkulasi bagi setiap transaksi peminjaman dan pemulangan.
6.
Permohonan untuk penempahan dalam keadaan bahan yang diminta telah dipinjam dalam semua Perpustakaan Konsortium.
Senario Pemulangan di Stesen Gelongsor Buku u-Pustaka meliputi perkara berikut:
1.
Pemulangan bahan-bahan pinjaman di mana-mana stesen Gelongsor Buku.
2.
Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada))
Senario Pemulangan dari Rumah:
1.
Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka dari rumah.
2.
Pembayaran denda menerusi pembayaran elektronik dengan MEPS FPX atau Quik2Go.
Senario Pemulangan di Perpustakaan Konsortium:
1.
Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman di stesen kaunter Konsortium u-Pustaka atau stesen-stesen Gelongsor Buku.
2.
Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada))
Senario Pembaharuan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja:
1.
Pembaharuan bahan-bahan pinjaman melalui Portal u-Pustaka pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang berkaitan dengan Polisi Peminjaman dan Pemulangan u-Pustaka.
2.
Keupayaan untuk menyemak status bahan.
Senario Penempahan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja:
1.
Penempahan bahan-bahan pinjaman melalui Portal u-Pustaka pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang berkaitan dengan Polisi Peminjaman dan Pemulangan u-Pustaka.
Perkakasan RFID:
1.
Perkakasan RFID dipasang di Perpustakaan Konsortium dan lokasi strategik untuk menyokong fungsi peminjaman, pembayaran dan pemulangan. Ahli-ahli u-Pustaka boleh juga mengunjungi tujuh Perpustakaan Konsortium dan meminjam menerusi Stesen Kaunter RFID atau Kiosk Pelbagai Guna. Buku-buku boleh dipulangkan menerusi Gelongsor Buku RFID. Laluan masuk bergantri atau tanpa gantri dipasang di setiap Perpustakaan Konsortium bagi tujuan pengawasan.
 
 
Profil
 
Latar Belakang
 
Visi/ Misi
 
Objektif
 
Piagam Pelanggan
 
Perkhidmatan u-Pustaka
 
Carta Organisasi
 
Logo
 
Hubungi Kami
PELAWAT
Hari ini : 140 Minggu ini : 2501 libraries
Semalam : 254 Bulan ini : 9569
Jumlah : 138636
   
Portal u-Pustaka
Tel : 03-2687 1700 (General Line), Faks : 03-2694 4415
Emel : webmaster@u-library.gov.my
Penafian: Pihak Kerajaan Malaysia dan u-Library tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
MyGovernment 1Malaysia MSC Malaysia SKMM
Piagam Pelanggan | Syarat & Terma | Dasar Privasi
Pautan | Peta Laman | Hubungi Kami | W3C
Hak Cipta Terpelihara (c) Portal u-Pustaka. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11.0 ke atas & Mozilla Firefox 41.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768