1. |
Tanggungjawab Ahli u-Pustaka |
|
Ahli u-Pustaka adalah bertanggungjawab ke atas kesemua bahan yang dipinjam melalui ID keahliannya.
|
2. |
Pinjaman |
|
2.1 |
Setiap ahli dibenarkan untuk meminjam maksimum TIGA (3) bahan dari koleksi pinjaman/terbuka dari mana-mana Perpustakaan Konsortium bagi tempoh 30 hari. |
2.2 |
Pemohonan pembaharuan atau tempahan bahan adalah percuma. |
|
3. |
Pembaharuan |
|
3.1 |
Pembaharuan atas talian boleh dilakukan sekali sahaja untuk tempoh tambahan 30 hari dengan syarat bahan tersebut tidak lewat dan tiada penempahan dibuat ke atas bahan tersebut. |
3.2 |
Pembaharuan bahan hanya dibenarkan sekiranya semua denda telah dilunaskan. |
|
4. |
Pemulangan |
|
4.1 |
Bahan boleh dipulangkan di mana-mana lokasi gelongsor buku di Perpustakaan Konsortium atau lokasi gelongsor buku yang lain di KL Sentral, Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu, Perpustakaan Daerah Hulu Langat di Bangi and Jaya Jusco Keramat. |
4.2 |
Bahan boleh dipulangkan di mana-mana stesen kaunter Perpustakaan Konsortium. |
|
5. |
Tempahan |
|
5.1 |
Tempahan hanya dibenarkan sekiranya semua naskah bagi bahan yang diminta telah dipinjam. |
|
6. |
Denda |
|
6.1 |
Denda Lewat Pemulangan |
|
Denda lewat pemulangan bahan dikenakan sebanyak RM1.00 pada hari pertama diikuti tambahan RM0.10 pada hari berikutnya, sehingga mencapai kadar maksimum RM20.00 bagi setiap bahan. |
6.2 |
Bayaran Kehilangan Bahan |
|
Kos bagi sebarang kehilangan bahan adalah berdasarkan harga asal bahan tersebut termasuk kos pemprosesan sebanyak RM20.00 dan denda lewat pemulangan (sekiranya ada). |
|
7. |
HAKCIPTA |
|
Bahan-bahan yang dipinjam adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta.
|