Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor


 

Mengenai Perpustakaan :

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang telah beroperasi selama 39 tahun sejak penubuhannya pada 1971.

Enakmen  Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 yang diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969 serta Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan menetapkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sebagai sebuah badan berkuasa untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan awam bagi semua golongan masyarakat di Negeri Selangor.

Pada tahun 1971, satu Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah dibentuk bagi memulakan sebuah Perpustakaan Awam di Negeri Selangor. Langkah pertama ke arah ini ialah dengan pengambilalihan Kelab Buku Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1971 untuk dijadikan sebagai Ibu Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Perpustakaan ini kemudian berpindah ke Shah Alam pada 16 November 1986. Pada 15 Mac 1988, perpustakaan ini diberi nama Perpustakaan Raja Tun Uda dan dibuka kepada orang ramai. Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) merupakan sebuah Perpustakaan Negeri yang juga menjadi ibu pejabat bagi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Perpustakaan Negeri ini berfungsi mentadbir, menyelenggara dan menyelaras perpustakaan-perpustakaan di seluruh Negeri Selangor.

     Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bergerak seiring dengan wawasan Kerajaan Negeri Selangor dan hingga kini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor mempunyai 92 pusat perkhidmatan seperti berikut :
Jenis Perpustakaan
Bilangan Perpustakaan
Perpustakaan Negeri/Pusat 1
Perpustakaan Daerah 7
Perpustakaan Cawangan 4
Perpustakaan Pekan 7
Perpustakaan Desa 53
Perpustakaan Desa (PNM) 17
Perpustakaan Bergerak 3
Jumlah 92

 

Laman Rasmi :

Untuk maklumat lanjut, sila melayari http://www.ppas.gov.my

 

Logo

Waktu perkhidmatan

Isnin :
*10.00 pagi - 6.00 petang

Selasa - Jumaat :
9.30 pagi - 6.00 petang

Sabtu & Ahad :
9.30 pagi - 5.00 petang

* Perkhidmatan Kaunter dibuka pada pukul 12.00 tengahari.

 

Hubungi kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda,
Jalan Kelab Golf 13/6,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Tel :
03-5519 7667

Faks :

03-5510 4264

Emel :
info@ppas.gov.my