Mengenai Perpustakaan : Pustaka Negeri Sarawak merupakan pusat sumber maklumat yang utama dan sebagai pembekal perkhidmatan maklumat kepada sektor awam dan swasta. Pustaka akan mengadakan rangkaian ke perpustakaan, pusat arkib dan pusat maklumat di seluruh Sarawak dan juga Malaysia. Pustaka juga menyediakan laluan untuk mengakses pusat maklumat antarabangsa. Pustaka berperanan sebagai pusat maklumat dan pusat budaya masyarakat. Warga Malaysia di Sarawak bukan sahaja dapat mengakses maklumat dalam bentuk bercetak dan media elektronik, malah mereka boleh berkumpul untuk tujuan pendidikan dan budaya, program, dan penyertaan dalam aktiviti- aktiviti yang dianjurkan. Visi : Menjadi wadah maklumat dan pengetahuan kepada negeri Sarawak. Misi : Memberi capaian kepada sumber maklumat dan memulihara warisan intelek negeri Sarawak untuk masyarakat Sarawak Objektif : Menggalakkan pembudayaan ilmu pengetahuan di negeri Sarawak Tagline : “Pustaka, Rakan Ilmu Anda” Laman Rasmi : Untuk maklumat lanjut, sila melayari http://www.pustaka-sarawak.com |