Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Mengenai Perpustakaan :

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1976 dan telah menjalankan operasinya pada di Rumah Rehat, Jalan Masjid, Kuantan. Namun begitu, pada tahun 1986, perpustakaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Gambut dan telah dirasmikan oleh KKDYMM Sultan Pahang pada 28 Oktober 1987.

Sejak itu, perkhidmatan perpustakaan semakin berkembang dengan adanya lebih banyak tawaran perkhidmatan, rangkaian perpustakaan di seluruh daerah dan desa di negeri Pahang Darul Makmur.  


Sehingga kini Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang mempunyai 133 orang kakitangan, 10 buah Perpustakaan Daerah, 2 buah Perpustakaan Cawangan, 32 Perpustakaan Desa, 8 buah Perpustakaan Bergerak (pinjaman kelompok) dan sebuah Perpustakaan Bergerak e-Pustaka. Disamping itu, Lokasi perpustakaan yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan merupakan ciri yang menarik mengenai Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sebagai salah sebuah pusat penyebaran ilmu dan maklumat khususnya untuk rakyat di negeri Pahang dan rakyat Malaysia amnya.

Objektif
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya ilmu, mencintai ilmu dan menghargai maklumat serta berpandangan positif dan progresif terhadap pembangunan diri, masyarakat, agama dan Negara.

 

Laman Rasmi :

Untuk maklumat lanjut, sila melayari http://web.pahanglibrary.gov.my

Logo

Waktu perkhidmatan

Isnin - Jumaat :
8.30 pagi – 5.30 petang

Sabtu :
8.30 pagi – 1.00 petang

Ahad / Cuti Awam :
Tutup

Hubungi kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Gambut
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur.

Tel :
09-5163411 / 5141606

Faks :
09-5141607

Emel :
ppap@pahanglibrary.gov.my