News

Breadcrumbs

NEWS
Category : News
 
 
Buku Sejarah dan Budaya Rusia Dilancar / Siti Ainiza Kamsari (Utusan Online)

Published on : 22-2-2018
Uploaded by : u-Pustaka

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Sempena memperingati hubungan diplomatik Malaysia dan Rusia yang memasuki tahun ke-50, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini, menambah koleksi dengan buku terbaharu mereka 'Sejarah Tamadun dan Budaya Rusia' yang ditulis oleh seorang rakyat Rusia, Prof. Dr. Victor Pogadeav.

Buku yang dilancarkan oleh Duta Rusia ke Malaysia, Valery Yermalov itu merupakan pengumpulan rencana hasil tulisan dan kajian Pogadeav yang turut menceritakan mengenai hubungan Malaysia-Rusia yang terjalin sejak 1969 dengan kunjungan pertama pemimpin negara, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ke Moscow, ibu negara Rusia.

Pogadaev yang fasih berbahasa Melayu pertama kali tiba di negara ini pada tahun 1970 untuk mengikuti pengajian di Universiti Malaya (UM) dan dari tahun 2001 sehingga 2016, beliau bertugas sebagai pensyarah di universiti tersebut.

Sepanjang tempoh selama saya di negara ini, saya tidak sahaja mengenali malah begitu mencintai hasil-hasil karya dari dunia sastera Melayu dalam pelbagai genre terutamanya sajak, puisi, cerpen dan novel. Ini menyebabkan saya berjaya menghasilkan sebanyak 30 pelbagai judul buku sepanjang berada di sini.

Ini termasuklah kamus terjemahan Rusia-Bahasa Melayu dan menterjemahkan sajak dan puisi dari bahasa Melayu ke bahasa Rusia dan bahasa Rusia ke bahasa Melayu,katanya.

Beliau ditemui media selepas majlis pelancaran buku terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) itu, di Perpustakaan Negara Malaysia, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah PNM, Datuk Nafisah Ahmad.-UTUSAN ONLINE


Source:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/buku-sejarah-tamadun-dan-budaya-rusia-dilancarkan-1.600115

Related content :

Gallery ( 0 )
 
Document ( 1 )
1.
 
Webinar URL ( 0 )
 
Other Related URLs ( 1 )
1.