Garisan melengkung berwarna merah menggambarkan jalur lebar dan gandingan dengan perkataan 'Pustaka' membentuk aksara 'U' bermaksud u-Pustaka; Jemala di bahagian atas adalah gabungan bentuk pecahan helaian buku sebanyak 14, menggambarkan Negeri-negeri di Malaysia dan kepelbagaian khazanah ilmu. Gandingan jemala dengan perkataan 'PUSTAKA' memaparkan konsep 'pohon ilmu' dengan semangat pakatan strategik. Istilah 'PUSTAKA' digunakan bagi menonjolkan identiti u-Pustaka secara global; Kotak segi empat tepat melambangkan kekuatan perkhidmatan u-Pustaka; Warna merah di perkataan 'PUSTAKA' melambangkan kemantapan perkhidmatan ini; Gandingan warna biru dan hijau melambangkan kesaksamaan, mesra pengguna dan sokongan u-Pustaka terhadap inisiatif teknologi hijau; Jalur Gemilang melambangkan aspirasi semangat 1Malaysia yang didokong oleh u-Pustaka dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan secara inklusif (inclusive knowledge society). |