Bangunan ini mengandungi mini auditorium, dewan persidangan, dewan pelbagai guna, bilik bilik latihan, dua buah galeri pameran, kemudahan internet, bahan bahan bacaan dan rujukan dalam bentuk digital selain dari bahan bercetak untuk memberi kelebihan mengakses maklumat dari sumber yang pelbagai dan menggunakan teknologi terkini.
Selain itu terdapat Perpustakaan Kanak-Kanak di mana ianya terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Kuala Lumpur. Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti disediakan khusus untuk ahli Perpustakaan Kanak-Kanak yang berumur di antara 4 hingga 12 tahun.
Visi Menawarkan perkhidmatan bermaklumat bagi mencapai keperluan di dalam pendidikan, maklumat, kebudayaan serta rekreasi dan mempertingkatkan kualiti dalam kehidupan di Bandar.
Misi Menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lengkap, moden dan mesra untuk semua wargakota standing dengan perpustakaan-perpustakaan terbaik di dunia
Wawasan/Objektif Perpustakaan sebagai penggerak masyarakat berilmu bagi mereliasasikan Dasar Wawasan Negara
Waktu perkhidmatan
Isnin : 2.00 petang – 6.45 petang
Selasa - Jumaat : 10.00 pagi – 6.45 petang
Sabtu & Ahad : 10.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu & Ahad Minggu Pertama / Cuti Umum : Tutup
Hubungi kami
Perpustakaan Kuala Lumpur No. 1, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur