|
Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Portal Selangor ialah gerbang tunggal kepada pelbagai maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor menerusi Internet. Inisiatif Portal Selangor dilaksanakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dibawah seliaan Pusat ICT Selangor. Pusat ICT Selangor, adalah sebuah pusat di bawah Bahagian Pengurusan yang dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan perkhidmatan Kerajaan Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang cekap, berkesan, berkualiti dan Mesra IT untuk merealisasikan Kerajaan Elektronik selaras dengan visinya iaitu bermatlamat untuk membentuk masyarakat berbudaya ICT di Negeri Selangor.
|