Ahli u-Pustaka yang dihargai, Harap ambil maklum bahawa perkhidmatan u-Pustaka akan mengalami gangguan selama 3 hari bermula dari tarikh 24-26 Julai 2017 ini (Isnin - Rabu - sepanjang hari),disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan sistem u-Pustaka di Pusat Data (DR Falback). Perkhidmatan u-Pustaka seperti transaksi tempahan buku, peminjaman secara online, transaksi e-pembayaran serta integrasi dengan sistem poslaju tidak akan dapat berfungsi / akan mengalami gangguan di sepanjang tempoh tersebut.Sistem u-Pustaka akan kembali normal seperti biasa pada 27 Julai 2017. Justeru, sebagai persediaan bagi menghadapi gangguan ini serta bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin akan timbul kesan daripada gangguan ini,kerjasama dari ahli-ahli u-Pustaka adalah dipohon untuk tidak membuat sebarang tempahan buku secara dalam talian bermula dari tarikh 17 Julai 2017, sehingga pada tarikh 27 Julai 2017.Untuk makluman semua,pihak perpustakaan konsortium u-Pustaka tidak akan menjawab, memberi maklumbalas atau membuat pengesahan kepada mana-mana permohonan tempahan buku dari ahli u-Pustaka bermula dari tarikh 17 Julai 2017 (seminggu sebelum gangguan sistem ) sehingga tarikh 26 Julai 2017 ini. Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan ini. Sekian, harap maklum.
|