Breadcrumbs

BERBUAL DENGAN PAKAR
Merupakan ruangan penampilan seorang pakar dalam domain keilmuan yang berkaitan bagi menawarkan pelantar keilmuan untuk komunikasi 'tasit'. Ruangan ini juga menawarkan kemudahan podcast, webcast dan webinar untuk menerokai khazanah keilmuan u-Pustaka melalui pakar dan tetamu jemputan istimewa.
Webinar
Bagaimana menyertai Webinar
1. Daftar sebagai ahli u-Pustaka.
2. Daftar masuk portal.
3. Layari pautan Berbual dengan Pakar.
4. Klik pada salah satu tajuk di dalam senarai Webinar Akan Datang.
5. Anda akan melihat Daftar Untuk Menyertai Acara Ini pada ruangan sebelah kanan.
6. Mesej akan dipaparkan. Klik Ya untuk mendaftar atau klik Tidak untuk abaikan.
Persediaan Webinar
Kesemua Webinar u-Pustaka dilaksanakan menggunakan perisian Adobe Connect Pro. Komponen audio pada setiap Webinar mungkin berbeza mengikut program.
Oleh yang demikian, sila pastikan komputer anda dilengkapi dengan perisian Adobe Connect Pro sebelum berlangsungnya Webinar. Sila layari http://webinar.u-library.gov.my/common/help/en/support/meeting_test.htm untuk memastikan konfigurasi komputer dan rangkaian berada dalam keadaan yang baik.
Ujian diagnostik adalah seperti berikut:
1. Boleh menyokong versi Flash Player
2. Hubungan jelas kepada Adobe Connect Pro
3. Kesediaan lebar jalur
4. Perisian Acrobat Connect Add-in terkini