Breadcrumbs

SUARA RAKYAT
 
Kami mengalu-alukan penerimaan foto beserta teks yang menunjukkan penglibatan ahli-ahli u-Pustaka di dalam aktiviti perpustakaan seperti membaca, menggunakan Portal u-Pustaka di perpustakaan, di tempat kerja atau di rumah. Kami juga amat berbesar hati untuk menerima foto anda, keluarga anda dan rakan-rakan anda disertai dengan mesej yang menyatakan apa yang anda gemari tentang aktiviti u-Pustaka. Sumbangan anda kami nantikan.
Bagaimana untuk menyertai SUARA Rakyat?

Dengan menghantar foto, anda bersetuju dengan syarat yang dinyatakan. Sila emel imej digital anda kepada kami (saiz maksima fail 1MB) beserta maklumat berikut:

1. Nama anda
2. Nombor telefon
3. Nama individu yang hendak dipaparkan (jika lebih daripada satu individu, sila letakkan susunan, contoh "dari kiri ke kanan")
4. Sila nyatakan secara ringkas aktiviti perpustakaan yang disertai atau apa yang mereka gemari tentang perpustakaan tersebut.
Garis Panduan Foto
1. Foto yang memaparkan penglibatan individu didalam aktiviti perpustakaan adalah diutamakan, manakala foto yang menarik dan bersesuaian juga akan diterima.
2. Foto perlu berada dalam keadaan kualiti yang baik, berwarna dan jelas.
3. Saiz fail foto tidak melebihi 1 MB.
Terma dan Syarat

u-Pustaka berhak untuk menolak sebarang foto atau memilih untuk tidak memaparkannya.

Dengan penyerahan foto, anda bersetuju bahawa:

1. Individu di dalam foto adalah menggunakan perkhidmatan u-Pustaka.
2. Anda bertanggungjawab mendapatkan keizinan individu tersebut sebelum menghantar foto bagi sebarang kegunaan u-Pustaka. Selain daripada mengeluarkan foto atas permintaan, u-Pustaka tidak akan bertanggungjawab ke atas penyerahan foto yang tidak menepati syarat di atas.
3. Foto anda menjadi hak milik kekal Portal u-Pustaka.
4. Tiada sebarang bayaran royalti dikenakan ke atas foto yang telah dihantar.
5. Foto anda boleh disunting mengikut keperluan Portal u-Pustaka.