Breadcrumbs

POLISI PINJAMAN DAN PEMULANGAN
 
Perkhidmatan peminjaman dan permulangan ditawarkan oleh Konsortium u-Pustaka kepada semua ahli u-Pustaka yang dibolehkan untuk meminjam bahan di koleksi pinjaman.
Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan dilaksanakan secara berikut:
- Perpustakaan Konsortium memenuhi permintaan ahli u-Pustaka melalui proses pinjaman di Perpustakaan Konsortium atau perkhidmatan penghantaran oleh Pos Malaysia Berhad.
- Perpustakaan Konsortium menerima pemulangan bahan di semua lokasi gelongsor buku dan kemudiannya Pos Malaysia Berhad dimaklumkan untuk melaksanakan proses pemulangan bahan ke perpustakaan pemunya.
1. Tanggungjawab Ahli u-Pustaka
 
Ahli u-Pustaka adalah bertanggungjawab ke atas kesemua bahan yang dipinjam melalui ID keahliannya.
2. Pinjaman
 
2.1 Setiap ahli dibenarkan untuk meminjam maksimum TIGA (3) bahan dari koleksi pinjaman/terbuka dari mana-mana Perpustakaan Konsortium bagi tempoh 30 hari.
2.2 Pemohonan pembaharuan atau tempahan bahan adalah percuma.
3. Pembaharuan
 
3.1 Pembaharuan atas talian boleh dilakukan sekali sahaja untuk  tempoh tambahan 30 hari dengan syarat bahan tersebut tidak lewat dan tiada penempahan dibuat ke atas bahan tersebut.
3.2 Pembaharuan bahan hanya dibenarkan sekiranya semua denda telah dilunaskan.
4. Pemulangan
 
4.1 Bahan boleh dipulangkan di mana-mana lokasi gelongsor buku di Perpustakaan Konsortium atau lokasi gelongsor buku yang lain di KL Sentral, Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu, Perpustakaan Daerah Hulu Langat di Bangi and Jaya Jusco Keramat.
4.2 Bahan boleh dipulangkan di mana-mana stesen kaunter Perpustakaan Konsortium
5. Tempahan
 
5.1 Tempahan hanya dibenarkan sekiranya semua naskah bagi bahan yang diminta telah dipinjam.
6. Denda
 
6.1 Denda Lewat Pemulangan
  Denda lewat pemulangan bahan dikenakan sebanyak RM1.00 pada hari pertama diikuti tambahan RM0.10 pada hari berikutnya, sehingga mencapai kadar maksimum RM20.00 bagi setiap bahan.
6.2 Bayaran Kehilangan Bahan
  Kos bagi sebarang kehilangan bahan adalah berdasarkan harga asal bahan tersebut termasuk kos pemprosesan sebanyak RM20.00 dan denda lewat pemulangan (sekiranya ada).
7. HAKCIPTA
  Bahan-bahan yang dipinjam adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta.
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN
 
Penghantaran Bahan Terus Ke Pintu Rumah
1.
Ahli u-Pustaka boleh membuat pilihan penghantaran bahan melalui Pos Malaysia Berhad dan caj pembayaran akan ditanggung sepenuhnya oleh ahli.
2.
Perkhidmatan penghantaran yang disediakan adalah seperti berikut:
2.1 Perkhidmatan Parcel:
 
- Perkhidmatan pungutan pada keesokan harinya setelah menerima panggilan pungutan sebelum jam 12 tengah hari.
- Pekhidmatan ditawarkan bagi penghantaran di DALAM MALAYSIA sahaja.
- Tarif untuk penghantaran Parcel Sehala:
 
a. Dalam Semenanjung (RM 4)
b. Dalam Malaysia Timur (RM 4)
c. Di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (RM 11)
- Tarif untuk penghantaran Parcel Dua Hala:
 
a. Dalam Semenanjung (RM 7)
b. Dalam Malaysia Timur (RM 7)
c. Di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (RM 19)
2.2 Perkhidmatan Kurier:
 
- Penghantaran Pada Hari Yang Sama (SDD)
 
a. Perkhidmatan pungutan dan serahan pada hari yang sama dan hanya beroperasi di kawasan tertentu di kawasan Lembah Klang bagi panggilan yang diterima sebelum jam 10 pagi.
- Penghantaran Pada Keesokan Hari (NDD)
 
a. Perkhidmatan serahan pada hari berikutnya di seluruh kawasan Pos Laju, manakala tambahan sehari atau dua hari diperlukan di kawasan luar serahan Pos Laju.
b. Klik di sini untuk maklumat tarif
c. Klik di sini untuk jadual tempoh masa penghantaran.
PERKHIDMATAN E-PEMBAYARAN
 
Pembayaran tanpa tunai dilaksanakan secara atas talian atau di stesen kaunter serta kios pelbagai guna.
Perkhidmatan ini dibahagikan kepada empat kaedah pembayaran:
1.
Pembayaran secara atas talian:
1.1 MEPS FPX ( lagi )
1.2 Quik2Go ( lagi )
2.
Pembayaran secara elektronik di stesen kaunter serta kios:
2.1 MEPS e-Debit (lagi)
2.2 Touch n' Go (lagi)
PERKHIDMATAN SMS
 
Merupakan gerbang SMS kerajaan yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.
1.
Jenis perkhidmatan SMS yang ditawarkan kepada ahli u-Pustaka
1.1 SMS notifikasi dari Portal u-Pustaka kepada ahli
 
- Ahli perlu mendaftarkan nombor telefon terlebih dahulu dan bersetuju untuk melanggan kepada perkhidmatan SMS menerusi halaman profil ahli
- Langganan yang ditawarkan:
 
a. Pengumuman
b. Peringatan tarikh pemulangan buku
c. Status pra-tempahan
d. Jangkaan masa pungutan bahan oleh PMB
e. Notifikasi maklumat penghantaran bahan kepada ahli
f. Peringatan bahan lewat pemulangan
g. Pemberitahuan tempahan
- Caj bagi langganan perkhidmatan notifikasi SMS adalah RM0.20 bagi setiap transaksi.
1.2 SMS maklumat di atas permintaan (IOD)
 
- Penghantaran maklumat kepada ahli atas permintaan
- Perkhidmatan yang ditawarkan:
 
a. Pertanyaan denda : ULIB FINES [No. Ahli u-Pustaka]
b. Pertanyaan tarikh pemulangan buku : ULIB DUEDATE [No. Ahli u-Pustaka]
- Caj:
 
a. RM0.15 bagi setiap pertanyaan
b. RM0.20 bagi setiap jawapan yang diterima