Breadcrumbs

e-Berita
e-Majalah
e-Surat Khabar
e-Buku
e-Jurnal
e-Rujukan
e-Belajar
Buku Audio
Akta & Perundangan
Akses Dalaman
Akses Terbuka
Akses Percubaan
A-Z
Z-A
Terkini
Kategori: Semua
Overdrive
Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98judul e-buku+bukuaudio (read along)di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu. Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) . Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.


[Tahap Akses: Akses tanpa had di seluruh Negara. Klik pada logo untuk memulakan akses (versi portal sesawang) ]

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
E-Law
Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.


Tahap akses: Akses seluruh negara . Jika anda mengakses pangkalan data ini dari luar premis PNM, sila klik pada logo e-Law untuk memulakan akses secara terus (Akses melalui EZ Proxy). Klik pada pautan bernama Advanced dan kemudian pautan bernama Proceed to .. (unsafe). Pada menu utama di portal, sila pilih/tekan butang Sign In. Pilih mana-mana satu dari Username yang tersedia dan kemudian klik pada butang "Login". Klik SINI jika anda mengakses pangkalan data ini dari dalam premis PNM (Nota: Pastikan peranti anda telah dihubungkan ke talian internet dalaman PNM atau Wifi PNM. Klik butang Sign In dan kemudian sila masukkan login dan kata laluan yang disediakan - Cth: Username = pnmuser01 / Password = pnmuser01 atau.. Username = pnmuser02 / Password = pnmuser02.

-
Panduan akses→
EBSCO Premier Public Library Package
Perkhidmatan Maklumat EBSCO (EBSCOHost) merupakan pangkalan data terbesar yang menyediakan akses kepada e-Buku, artikel daripada beribu-ribu judul e-Jurnal dan pelbagai sumber maklumat daripada lebih 100 pangkalan data. Selain membuat carian/memuat turun artikel jurnal, pengguna juga boleh mengakses sebanyak 5,277 judul e-buku dalam pelbagai subjek, antaranya kesenian, perniagaan, ekonomi, pendidikan, pemasaran, sains sosial, perubatan dan lain-lain. EBSCOHost merupakan antara pangkalan data yang popular di dunia, dan telah digunakan secara meluas di kebanyakan perpustakaan dan komuniti perniagaan selama lebih daripada 60 tahun. Tontoni video tutorial mengenai panduan penggunaan pangkalan data EBSCO secara berkesan di Saluran Youtube EBSCOHost untuk lebih kefahaman.


Tahap Akses: Akses hanya di dalam premis PNM sahaja. Sila klik pada logo EBSCO untuk memulakan akses. Pastikan komputer dan peranti anda (tablet/telefon pintar anda dihubungkan dengan talian Wifi atau talian rangkaian dalaman PNM (LAN - 1Govnet).

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
Emerald Backfiles Archives
Emerald adalah penyedia perkhidmatan pangkalan data global yang menyediakan akses kepada artikel-artikel jurnal penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kejuruteraan yang berkualiti tinggi. Perpustakaan Negara Malaysia telah melanggan kepada koleksi arkib artikel-artikel jurnal di bawah pangkalan data Emerald untuk tahun 2006 dan 2010. Pangkalan data ini menyediakan akses tanpa had ke seluruh negara (nationwide access) dan memberikan kemudahan muat turun secara terus untuk arkib artikel-artikel jurnal di bawah pangkalan data Emerald (berteks penuh - PDF) yang mana tahun terbitannya adalah pada tahun 2006 dan 2010 sahaja.
-
Emerald Management 175+ Engineering
Emerald adalah penyedia perkhidmatan pangkalan data global yang menyediakan akses kepada artikel-artikel jurnal penyelidikan berkualiti tinggi. Di sini, anda boleh memuat turun artikel-artikel jurnal daripada 201 judul jurnal dalam bidang perkara pengurusan dan kejuruteraan.


Tahap Akses: Pangkalan data ini hanya boleh diakses di dalam premis Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Labuan, di kesemua 11 Perpustakaan Awam Negeri (kecuali Pustaka Negeri Sarawak) dan di 4 perpustakaan konsortium terpilih (Perpustakaan Gunasama/Jabatan Kerajaan - Perp. MOTAC/MOE/ MAMPU & MOF sahaja). Nota: Pastikan anda mengakses perkhidmatan pangkalan data ini menggunakan komputer di perpustakaan/institusi yang berkenaan yang telah dihubungkan ke talian Internet dalaman (LAN). Jika anda mengakses menggunakan komputer / peranti anda sendiri, pastikan ianya telah dihubungkan ke talian Wifi di perpustakaan / Kementerian yang berkenaan. Klik SINI untuk memulakan akses.

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
LawNet : Undang-undang Malaysia Di Hujung Jari Anda!
Pangkalan Data Lawnet menyediakan akses kepada koleksi Akta-Akta Malaysia sebagai rujukan kepada perundangan Malaysia. Antara yang terkandung adalah Akta-Akta Parlimen (Acts of Parliament), Principal Acts (Original), Akta-Akta Pindaan (Amendment Acts), Ordinances, Bills Supplement, Updated Rules & Regulations, Legislative Supplement (A & B),Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution), Kanun Prosedur Jenayah(Criminal Procedure Code), Kanun Keseksaan (Penal Code), Kanun Tanah Negara (National Land Code), Kaedah-Kaedah Mahkamah (Rules of Court), Court Forms, General Orders dan Arahan Perbendaharaan.


Tahap akses: Akses seluruh negara. Satu akaun login hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna pada satu masa (1 concurrent user). Sila klik pada logo LawNet untuk memulakan akses (Akses melalui EZ Proxy). Pilih login yang dikehendaki dan kemudian klik butang "Click to start". Kaedah alternatif bagi capaian, sila klik SINI . Klik pada pautan "Login". Kemudian masukkan mana-mana satu dari login/password berikut - Cth: Login sebagai ulibrary01 / Password sebagai ulibrary01 ATAU Login sebagai ulibrary02 / Password sebagai ulibrary02.

-
Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS)
Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.


[ Tahap Akses : Akses seluruh negara. Jika anda mengakses BLIS dari luar premis PNM, sila klik pada logo BLIS. Harap maklum bahawa semua kandungan di bawah menu Archival News & Who's Who hanya boleh diakses dari dalam premis PNM sahaja atas sebab-sebab hakcipta. Sekiranya anda mengakses pangkalan data BLIS ini dari dalam premis PNM, sila klik SINI untuk memulakan akses (Nota: Sila pastikan komputer/peranti anda telah dihubungkan ke talian Internet Dalaman PNM (Sistem Rangkaian setempat/LAN atau Wifi PNM). Kemudian, sila masukkan login dan password seperti yang telah diberikan oleh pihak BERNAMA (mana-mana satu dari mylib10 hingga mylib20). Sekian, harap maklum.]

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
PNM e-Lib (e-Sentral)
Perkhidmatan peminjaman e-Buku (terbitan tempatan) secara dalam talian menerusi portal PNM ELib ini disediakan khas untuk kemudahan anda oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama e-Sentral. Ia menyediakan akses kepada 3,900 judul e-buku tempatan daripada pelbagai bidang perkara dan daripada penerbit tempatan yang terkemuka. Antara bidang perkara yang diliputi adalah agama, bahasa, autobiografi dan biografi, hiasan rumah, jenayah dan pelbagai. Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak 2 naskhah e-buku dalam satu masa di mana e-buku yang dipinjam akan dapat dibaca untuk tempoh selama 7 hari. Pengguna kali pertama perlu klik pada butang Register / Daftar untuk mendaftar bagi membuka akaun peribadi masing-masing di portal PNM e-Lib.


[Tahap Akses: Akses di seluruh Negara. Klik pada logo untuk memulakan akses. ]

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
PressReader
Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 7,217 judul e-suratkhabar dan e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 132 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.


[ Tahap Akses: Akses hanya di dalam premis Perpustakaan Negara Malaysia dan di Perpustakaan Awam Negeri Perlis sahaja. Untuk lebih mudah mengakses pangkalan data ini, sila pasang dan gunakan aplikasi mudah alih PressReader yang boleh dimuat turun dari Google PlayStore / iTunes Store di telefon pintar/tablet anda. Pastikan tablet/telefon pintar anda telah dihubungkan dengan talian internet Wifi di PNM / PPA Perlis. Sekiranya anda berada di dalam premis PNM/PPA Perlis dan ingin mengakses pangkalan data PressReader ini (versi web) , sila klik SINI untuk memulakan akses secara terus. Pastikan komputer anda telah terlebih dahulu dihubungkan ke talian internet LAN / Wifi di PNM / PPA Perlis.]

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
Proquest eBook Central (ebrary)
Pangkalan data Proquest eBook Central menyediakan akses secara teks penuh kepada lebih dari 45,000 judul e-buku yang sesuai untuk bacaan dari golongan kanak-kanak sehingga dewasa selain menyediakan akses kepada pelbagai bahan ilmiah untuk rujukan golongan profesional yang ingin penyelidikan. Kandungannya merangkumi pelbagai bidang perkara. Koleksi e-Buku yang dipilih adalah buku kegemaran daripada semua lapisan masyarakat dari seluruh dunia terutamanya di negara barat seperti US & UK. Pengguna juga dibenarkan meminjam kandungan e-buku dalam pangkalan data ini selama 14 hari. Kandungan ebook yang dipilih dan dikemaskini adalah terdiri daripada Pasukan In-House Collection Development, yang membawa sijil MLS Degree dari Pratt Institute, UCL & San Jose State University. Pasukan tersebut mempunyai pengalaman yang luas terutama dalam pemilihan buku, pembangunan koleksi, pembelian, cataloging, sistem perpustakaan, sistem rujukan & latihan. Menggunakan teknologi terkini yang diperbaharui daripada Platform Ebrary kepada Proquest eBook Central, ia membenarkan pengguna untuk mendaftar akaun tersendiri yang mendapat faedah seperti Copy & Paste, Print, Highlight, dan lain-lain. Koleksi e-Buku di bawah pakej Public Library Complete ini adalah terdiri daripada penerbit luar negara iaitu AMACOM, Bloomsbury, Cengage Learning, Chicago Review Press, F+W Media, InterVarsity Press, Jessica Kingsley, Oxford University Press dan lain-lain.


[Tahap Akses: Akses hanya di dalam premis Perpustakaan Negara Malaysia sahaja. Jika anda berada di dalam premis PNM, - sila klik SINI untuk akses secara terus . (Nota: Pastikan komputer/peranti anda telah dihubungkan ke talian Wifi PNM atau talian sistem rangkaian dalaman di PNM - 1Gov.Net. Kawalan akses menerusi IP PNM oleh penyedia perkhidmatan pangkalan data). Bagi video tutorial mengenai panduan penggunaan Proquest e-Book Library secara berkesan, sila aksesnya menerusi Proquest Training Channel (Youtube) dengan klik SINI ]

-
Panduan akses→
Zinio
Zinio adalah pangkalan data e-majalah yang menyediakan akses kandungan majalah luar negara yang boleh dimuat turun secara kekal oleh pengguna. Kandungan e-majalah meliputi pelbagai bidang perkara, seperti Art & Photo, Automotive, Business, Children, Craft, Parenting dan sebagainya. Jumlah keseluruhan e-majalah yang terdapat di dalam pangkalan data Zinio adalah sebanyak 100 judul. Pengguna kali pertama dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di portal untuk mendaftar sebagai pengguna dengan klik kepada pautan Create New Account. Setelah mendaftar, pengguna akan boleh memuat turun isu judul e-majalah diingini yang disediakan. Pengguna berdaftar perlu log masuk ke sistem portal ini setiap kali hendak mengakses/memuat turun/membaca e-majalah yang diingini . Bacalah panduan penggunaan yang telah disediakan untuk lebih kefahaman.


[Tahap Akses: Akses tanpa had di seluruh Negara. Klik pada logo untuk memulakan akses. ]

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
iG Library
Pangkalan Data iG Library menyediakan akses kepada 429 judul e-Buku dalam bidang ekonomi, politik dan sains sosial dari koleksi Institute of Southeast Asia Studies (ISEAS)dan 249 judul e-Buku terbitan American Library Association (ALA).


[Tahap Akses: Akses Seluruh Negara. Akses secara terus dari dalam atau dari luar premis PNM (Akses melalui EZ Proxy - sila klik pada logo iGLibrary). Kaedah akses alternatif, sila klik SINI . Sila gunakan login & password berikut untuk mengakses: Username : pnm / Password: pnm@nlom]

-
Mason Crest
Pangkalan Data Mason Crest E-Books mengandungi sebanyak 490 judul e-buku fiksyen dan bukan fiksyen terpilih serta buku-buku ilmiah dan kontemporari meliputi bidang seperti biografi, sukan, perubatan, keluarga, kesihatan, nutrisi, kerjaya dan kewangan, isu-isu semasa dan lain-lain. Kesemua e-buku yang tersedia adalah terbitan luar negara dan dalam format `flipping e-book' dengan paparan isi kandungan penuh (full-text). Ia sesuai untuk bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa dari lingkungan usia 10 tahun ke atas. Kemudahan enjin carian berdasarkan kata kunci (keyword search), fungsi bookmark, copy & paste, paparan skrin penuh tersedia untuk para pembaca.


[ Tahap Akses: Akses seluruh negara. Klik pada logo untuk akses secara terus (EZ Proxy). Klik pada pautan bernama Advanced dan kemudian sila klik Proceed to... (Unsafe) untuk memulakan akses. Untuk akses alternatif, sila klik SINI dan kemudian sila gunakan login/password berikut - Login : pnmuser / Password: mcrest2016 ]

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
Program Score-A
Score A Programme adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghdapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan. Portal ini menyediakan nota lengkap beserta peta minda serta Bank Soalan peperiksaan yang lepas dan peperiksaan ujian khusus bagi menyokong pembelajaran dan latihan para pelajar di peringkat Tahap 1, UPSR, PT3 dan SPM (aliran Sains dan Sastera). Ia turut menyediakan aplikasi khas iaitu Examination Hall yang membolehkan pelajar menguji tahap pengetahuan mereka menjawab soalan peperiksaan secara dalam talian. Portal ini juga menyediakan maklumat motivasi dan sokongan pembelajaran kepada pelajar dan ibu bapa.


Tahap Akses: Akses di seluruh negara. Klik pada logo Score-A untuk memulakan akses. Sila pilih login yang dikehendaki dan kemudian klik butang "Go". Kaedah alternatif untuk akses (taip secara manual Login & Password) . Sila muat turun dokumen kepilan untuk melihat set-set login dan Kata Laluan. Kemudian, klik SINI untuk memulakan akses.

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
Benchmarking Online Networking Database (BOND)
Benchmarking Online Networking Database (BOND) merupakan pangkalan data atau hub rujukan amalan terbaik dan pengukuran prestasi bagi membantu organisasi untuk mendapatkan maklumat mengenal amalan terbaik dan tanda aras yang diperlukan. Pangkalan data ini telah dibangunkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC). Sehingga kini, terdapat sejumlah 252 dokumen amalan terbaik telah dimuatnaik ke dalam portal BOND dengan hasrat untuk berkongsi amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh organisasi cemerlang.


Tahap Akses: Percuma dan boleh diakses di seluruh negara (nationwide access). Pengguna kali pertama dikehendaki mendaftar seketika di portal BOND ini untuk membuka akaun peribadi masing-masing untuk mendapatkan akses.

-
UN iLibrary
UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ia menyediakan akses secara komprehensif dan memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia. Kandungan boleh diakses dalam format yang berbeza - PDF dan READ (BACA) - untuk memenuhi keperluan pengguna, sama ada untuk membaca pada peranti mudah alih, berkongsi dengan rakan sebaya melalui rangkaian sosial atau mengintegrasikan kandungan dalam laporan.


Tahap Akses: Akses hanya terhad di dalam premis Perpustakaan Negara Malaysia sahaja. Klik pada logo UN iLibrary atau pautan UN iLibrary untuk memulakan akses anda. Pastikan komputer atau peranti anda telah dihubungkan dengan talian internet dalaman PNM atau Wifi PNM. (Kawalan akses menerusi IP address PNM oleh penyedia perkhidmatan pangkalan data ini).

-
Islamic Finance News (IFN): The World's Leading Islamic Finance News Provider
Islamic Finance News (IFN) merupakan penyedia sumber-sumber rmaklumat dan berita berkenaan kewangan Islam yang terkemuka di dunia. Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat serta berita-berita seperti berikut: (i) Akses kepada 70,000+ artikel dan laporan eksklusif kepada Berita Kewangan Islam; (ii) 50 Isu berita Kewangan Islam secara mingguan setiap tahun; (iii) Laporan IFN (Laporan Tahunan IFN dan Laporan Outbound Tambahan) setiap tahun; (iv) 52 minggu akses tanpa had ke laman web berita kewangan Islam setiap tahun; (v) Akses kepada Direktori IFN dengan lebih daripada 7,000 institusi kewangan Islam; (vi) Akses kepada dana Islam, indeks, dan data prestasi eksklusif; (vii) Akses kepada glosari/daftar istilah mengenai kewangan Islam; (viii) Akses kepada berita eksklusif Kewangan menerusi enjin carian 360 darjah; dan (ix) Bahagian Baru: Pengumuman Syariah Global.


Tahap Akses: Akses tanpa had di seluruh negara. Jika anda mengakses pangkalan data ini dari luar premis PNM, sila klik pada logo IFN (Akses melalui EZ Proxy). Selepas itu, sila klik pada pautan bernama Advanced dan kemudian pautan bernama Proceed to .. untuk memulakan akses. Jika anda berada di dalam premis PNM, - sila klik SINI untuk akses secara terus . (Nota: Pastikan komputer/peranti anda telah dihubungkan ke talian Wifi PNM atau talian sistem rangkaian dalaman di PNM - 1Gov.Net. Kawalan akses menerusi IP PNM oleh penyedia perkhidmatan pangkalan data).

-
Alkem Digital Library
Pelbagai judul e-buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit utama di seluruh dunia boleh didapati untuk anda akses dan baca secara dalam talian. Sila pastikan pelayar web anda menyokong Adobe Flash Player versi terkini. (Nota: Perisian ini diperlukan untuk membaca e-buku secara dalam talian). Anda juga boleh mengakses ALKEM Digital Library melalui tablet / telefon pintar (sila gunakan pelayar web yang menyokong Adobe Flash Player).


[Tahap Akses: Akses seluruh negara (Langganan Perpetual - 1,000 judul e-Buku), khusus untuk ahli berdaftar u-Pustaka. Klik pada logo Alkem Digital Library di atas untuk memulakan akses secara terus (melalui EZ Proxy). Alternatif akses yang lain, anda boleh klik SINI . Kemudian, sila masukkan login dan kata laluan/password berikut apabila diminta oleh sistem portal Alkem: (Nota: Password adalah sama dengan login yang dipilih. Sila pilih mana-mana satu dari lingkungan PNM001 hingga PNM100 sebagai Login. Cth: Jika anda memilih dan menaip PNM082 sebagai login, Password/Kata Laluan yang harus anda gunakan adalah : PNM082. Dan begitulah seterusnya ).

-
Panduan akses→
Ookbee Buffet: Baca Tanpa had
Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 | Video 2 .


[ Tahap Akses / Panduan Mengakses : Akses tanpa had seluruh negara - Untuk ahli berdaftar u-Pustaka sahaja. Untuk pengguna kali pertama Ookbee, sila klik pada logo Ookbee untuk memulakan akses dan mengaktifkan akaun Ookbee anda . Kemudian, sila masukkan alamat e-mel (e-mel yang anda gunakan semasa anda mendaftar sebagai ahli u-Pustaka) dan kemudian klik butang "Aktifkan" untuk tujuan pengaktifan akaun Ookbee anda. Semak e-mel anda. Anda akan menerima e-mel dari pihak Ookbee yang akan meminta anda untuk klik pada pautan yang disediakan di emel untuk mengaktifkan akaun Ookbee anda (hanya perlu klik pada butang "Klik Sini" di atas imej yang diberikan Ookbee pada e-mel). Setelah pengaktifan, anda perlu cari dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Ookbee Buffet dari iTunes Store (untuk pengguna iPhone / iPad / peranti Apple) ATAU dari Play Store (untuk pengguna peranti Android). Selepas pemasangan berjaya, sila lancarkan aplikasi Ookbee Buffet di telefon pintar/tablet anda. Dari aplikasi mudahalih Ookbee Buffet , anda hanya perlu log masuk dengan menggunakan alamat e-mel anda (e-mel yang anda gunakan semasa mendaftar sebagai ahli u-Pustaka). Kemudian, barulah anda akan dapat memuat turun dan membaca sebarang koleksi e-buku/e-majalah/e-surakhabar yang telah disediakan di halaman Ookbee Buffet kami, di telefon pintar/tablet anda.]

-
Panduan akses→
OCLC Worldcat Discovery Services
OCLC WorldCat Discovery membantu masyarakat dalam membuat carian dan menemui sumber-sumber yyang terdapat di PNM dan juga dari serata dunia menerusi satu enjin carian katalog sehentian. Ia juga menghubungkan pengguna kepada koleksi-koleksi digital/sumber maklumat percuma yang terdapat dari pelbagai laman web yang popular bagi membantu penyelidikan para pengguna.


[Tahap Akses: Akses tanpa had di seluruh Negara. Sila klik pada logo untuk memulakan akses. Masukkan terma carian anda di medan carian yang disediakan. Tontoni pelbagai video mengenai panduan/latihan penggunaan OCLC Worldcat Discovery secara berkesan menerusi saluran Youtube rasmi OCLC Worldcat Discovery di SINI . Panduan carian asas/lanjutan berkenaan OCLC Worldcat Discovery juga boleh anda baca di SINI .]

-
Keterangan lanjut→
Panduan akses→
RDA Toolkit (Resource Description & Access - Akses Untuk Pustakawan Sahaja)
RDA: Resource Description and Access adalah standard baru bagi memberi deskripsi dan akses kepada sumber-sumber, yang direkabentuk khusus untuk era digital. Dibina di atas asas AACR2, RDA menyediakan satu set garis panduan dan arahan menyeluruh mengenai penerangan dan akses kepada sumber yang merangkumi semua jenis kandungan dan media. Kandungan RDA telah dibangunkan secara kerjasama yang diketuai oleh Jawatankuasa Pemandu RDA. RDA Toolkit adalah satu sistem bersepadu, boleh diakses oleh Pustakawan menerusi pelayar sesawang yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan koleksi dokumen dan sumber yang berkaitan dengan pengkatalogan termasuklah RDA: Resource Description and Access. RDA Toolkit diterbitkan oleh RDA Co-Publishers. Ia mengandungi tools pengkatalogan termasuk: Element Set ; RDA mappings Aliran kerja, peta ; 2010 entity relationship diagram (archival) dan Schemas (Archival).


[Tahap Akses: Hanya boleh diakses di dalam premis PNM / premis Perpustakaan Awam Negeri Perlis sahaja. Akses untuk kegunaan Pustakawan sahaja (50 penggunaan dalam masa serentak). Akses secara terus - kawalan akses menerusi IP PNM / PPA Perlis. Klik SINI untuk memulakan akses.]

-
Panduan akses→
Web Dewey: Portal Sistem Dewey Decimal Classification (DDC) (Untuk Kegunaan Pustakawan Sahaja)
Web Dewey merupakan pangkalan data berbentuk portal yang menyediakan akses secara dalam talian kepada sistem klasifikasi bahan perpustakaan, khusus untuk rujukan para Pustakawan. Ia juga menawarkan akses kepada rekod bibliografi koleksi lebih dari 200,000 perpustakaan seluruh dunia bagi tujuan membantu Pustakawan dalam melaksanakan pendokumentasian bahan perpustakaan.


[Tahap Akses: Hanya boleh diakses di dalam premis PNM / premis Perpustakaan Awam Negeri Perlis sahaja. Akses tanpa had hanya untuk kegunaan Pustakawan sahaja. Kawalan akses menerusi pendekatan login & kata laluan. Klik SINI untuk memulakan akses. Pustakawan PNM/PPA Perlis perlu memasukkan login dan kata laluan yang telah diberikan untuk memulakan akses.]

-
Library of Congress Classification Web (Untuk Kegunaan Pustakawan PNM sahaja)
Library of Congress Classification Web adalah pangkalan data bagi sistem pengkelasan perpustakaan yang mudah (convenient) dan bersifat interaktif. Ia membantu pencarian teks penuh (full text) di dalam jadual Library of Congress Classification (LCC) dan juga Subject Heading dan Name Heading dalam bentuk Web Based yang terkini.


[Tahap Akses: Hanya boleh diakses di dalam premis PNM sahaja. 29 akaun pengguna untuk kegunaan Pustakawan PNM sahaja. Kawalan akses menerusi pendekatan login & kata laluan. Klik SINI untuk memulakan akses. Pustakawan PNM perlu memasukkan login dan kata laluan yang telah diberikan untuk memulakan akses.]

-