Breadcrumbs

BERITA
Sedang memaparkan Berita Terkini
 
KEPUTUSAN: 1 - 10 dari 30 Rekod Dijumpai
 
1.

Artikel Suratkhabar Judul: Inovasi u-Pustaka Tingkat Minat Budaya Membaca Pengarang : Nor Azma Laila Sumber: Berita Harian (Varsiti - Berita Section) Tarikh: : 12 April 2018 (Khamis) Mukasurat: V32 Sila muat turun dokumen kepilan (PDF) untuk membaca artikel suratkhabar ini .

TARIKH PAPARAN: 18-4-2018

 
2.

Sila klik pautan muat turun fail (PDF) yang disertakan. (Sila baca artikel ini dengan menggunakan aplikasi Adobe Acrobat Reader). Terima kasih.

TARIKH PAPARAN: 27-2-2018

 
3.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Sempena memperingati hubungan diplomatik Malaysia dan Rusia yang memasuki tahun ke-50, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini, menambah koleksi dengan buku terbaharu mereka 'Sejarah Tamadun dan Budaya Rusia' yang ditulis oleh seorang rakyat Rusia, Prof. Dr. Victor Pogadeav. Buku yang dilancarkan oleh Duta Rusia ke Malaysia, Valery Yermalov itu merupakan pengumpulan rencana hasil tulisan dan kajian Pogadeav yang turut menceritakan mengenai hubungan Malaysia-Rusia yang terjalin sejak 1969 dengan kunjungan pertama pemimpin negara, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ke Moscow, ibu negara Rusia. Pogadaev yang fasih berbahasa Melayu pertama kali tiba di negara ini pada tahun 1970 untuk mengikuti pengajian di Universiti Malaya (UM) dan dari tahun 2001 sehingga 2016, beliau bertugas sebagai pensyarah di universiti tersebut. Sepanjang tempoh selama saya di negara ini, saya tidak sahaja mengenali malah begitu mencintai hasil-hasil karya dari dunia sastera Melayu dalam pelbagai genre terutamanya sajak, puisi, cerpen dan novel. Ini menyebabkan saya berjaya menghasilkan sebanyak 30 pelbagai judul buku sepanjang berada di sini. Ini termasuklah kamus terjemahan Rusia-Bahasa Melayu dan menterjemahkan sajak dan puisi dari bahasa Melayu ke bahasa Rusia dan bahasa Rusia ke bahasa Melayu,katanya. Beliau ditemui media selepas majlis pelancaran buku terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) itu, di Perpustakaan Negara Malaysia, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pengarah PNM, Datuk Nafisah Ahmad.- UTUSAN ONLINE Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/buku-sejarah-tamadun-dan-budaya-rusia-dilancarkan-1.600115

TARIKH PAPARAN: 22-2-2018

 
4.

Ikhtiarkan perpustakaan mini di rumah M. Jasni Majed CADANGAN beberapa orang tokoh akademik agar setiap rumah rakyat Malaysia mempunyai sebuah perpustakaan mini di rumah bukanlah satu cadangan baharu. Malah, setiap kali sambutan Bulan Membaca iaitu pada Ogos, ada suara-suara yang mencadangkan agar kita mengadakan perpustakaan mini di rumah. Ramai sedia maklum bahawa kadar celik huruf di Malaysia sangat tinggi dan boleh dikatakan hampir semua rakyat di negara boleh membaca. Oleh itu usaha untuk merealisasikan hasrat ini boleh tercapai jika ada kesungguhan. Gerakan membaca di Malaysia bermula pada Ogos 1972 sempena Bulan Membaca Kebangsaan. Sudah lama masyarakat di negara ini diingatkan tentang peri pentingnya membaca selain untuk kepentingan diri dan keluarga, membaca bertujuan membina negara. Pada 1995, kita melancarkan Kempen Membaca Kebangsaan dengan slogan Mari Membaca Bersama. Tidak cukup dengan itu, Program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada 1998. Senario disebutkan tadi menunjukkan bahawa dalam setiap keluarga boleh dikatakan seluruh isinya boleh membaca. Oleh demikian, kewajaran mewujudkan sebuah perpustakaan mini di rumah tidak mustahil jika ada kemahuan. Bukan susah mengadakan sebuah perpustakaan mini di rumah. Tidak perlu sebuah bilik 10 kaki x 10 kaki diisi dengan buku. Kalau ada 100 buah buku sudah cukup sebagai langkah awal mewujudkan sebuah perpustakaan mini. Lama-kelamaan bilangannya bertambah jika setiap minggu atau setiap bulan diisi dengan buku. Jika sudah menjadi ulat buku, tentu bukan sebuah dua buku dibeli setiap bulan, barangkali lebih banyak. Jika dalam sebuah rumah itu ada pelbagai peringkat usia dan profesion, lebih banyak buku dibeli dan terkumpul. Semua maklum bahawa mengadakan sebuah perpustakaan mini di rumah sangat penting untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan keluarga. Anak-anak juga akan menjadi suka buku dan bahan bacaan jika ayah dan ibu mereka gemar membaca. Selain itu, apabila ada perpustakaan mini, budaya bertukar-tukar buku dengan rakan-rakan dan adik-beradik akan wujud dan akan menjadi saingan sihat dalam usaha memiliki buku-buku baharu setiap bulan dalam kalangan keluarga. Bagaimanapun, banyak perkara yang menjadi halangan dalam usaha mewujudkan sebuah perpustakaan mini di rumah. Ia berpunca daripada trend masyarakat kini yang lebih gemar menghabiskan wang dengan membeli per­alatan-peralatan rumah seperti perhiasan, aksesori kereta dan selalu bertukar telefon pintar. Di samping itu ramai antara kita membaca atas kepen­tingan lulus peperiksaan. Tabiat suka membaca akan terhenti apabila seseorang itu melangkah ke alam pekerjaan, apatah lagi jika bidang pekerjaan itu tidak berkait rapat dengan pendidikan. Dan kita hanya dapat melihat bahan-bahan bacaan ini hanya menghuni di rumah-rumah golongan pendidik tetapi dalam kalangan mereka pun belum tentu ada perpustakaan mini di rumah. Pada akhirnya usaha untuk mewujudkan sebuah perpustakaan mini di rumah seakan-akan menjadi agenda di atas kertas sahaja dan ia sebenarnya berpunca daripada sikap malas membaca dalam kalangan masyarakat. Lihatlah edaran dan jualan akhbar-akhbar harian yang kian menyusut. Anak-anak muda tidak membaca akhbar dan buku sebaliknya bergelumang dengan telefon pintar yang tidak boleh dijadikan khazanah dalam sebuah perpustakaan. Hakikatnya, usaha mewujudkan sebuah perpustakaan mini di rumah adalah usaha murni. Ikhtiarkan bermula dari sekarang supaya perpustakaan ini dapat diwujudkan demi manfaat bersama. Jarang ditemukan individu yang mempelawa kita ke perpustakaan mini di rumahnya sedangkan ia juga adalah satu kaedah mengisi masa jika kita berkunjung dan bermalam di rumah adik-beradik, saudara-mara atau kenalan kita. Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/ikhtiarkan-perpustakaan-mini-di-rumah-1.590246

TARIKH PAPARAN: 22-2-2018

 
5.

Majlis Penyerahan Kit "Reading Seeds' @ Klinik Kesihatan Kuala Oya & Hospital Mukah Tarikh : 28 November 2017 Masa : 11:00 pagi di Klinik Kesihatan Kuala Oya & 3:00 petand di at Hospital Mukah Tempat : Klinik Kesihatan Kuala Oya & Hospital Mukah

TARIKH PAPARAN: 28-11-2017

 
6.

Perkhemahan Ilmu 2017 @ Pustaka Negeri Sarawak Tarikh Mula : 25 November 2017 Tarikh Tamat : 26 November 2017 Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang Tempat : Pustaka Negeri Sarawak

TARIKH PAPARAN: 24-11-2017

 
7.

Ceramah Komuniti :Al-Quran dan Sains Neuro @ Pustaka Negeri Sarawak Tarikh : 24 November 2017 Masa : 2:30petang - 4:00petang Tempat : Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak

TARIKH PAPARAN: 24-11-2017

 
8.

Pustaka Negeri Sarawak, Miri - Mega Hotel Blood Donation Drive '17 Date : 09 December 2017 Time : 8:30am - 12:30nn Venue : Mega Hotel, Miri (Mega 5, 5th Floor)

TARIKH PAPARAN: 24-11-2017

 
9.

Community Farming Program @ Pustaka Negeri Sarawak Date : 18 December 2017 Time : 9:00 am - 10:30 am Venue : Community Garden, Pustaka Negeri Sarawak

TARIKH PAPARAN: 24-11-2017

 
10.

Sumber Berita: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tubuh-institut-pupuk-perpaduan-nasional-tingkat-semangat-patriotisme-1.552855 (Utusan Online)

TARIKH PAPARAN: 16-11-2017