Breadcrumbs

POLISI KEAHLIAN
 
Konsortium u-Pustaka menyediakan perkhidmatan pendaftaran keahlian kepada seluruh rakyat Malaysia dengan capaian ke atas perkhidmatan dan sumber keilmuan yang terdapat di Perpustakaan Konsortium.
Ahli Berdaftar (warganegara Malaysia sahaja)
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian di mana sahaja melalui Portal u-Pustaka atau stesen kaunter yang terdapat di semua Konsortium u-Pustaka. MyID perlu digunakan untuk pendaftaran ahli u-Pustaka.
1. MyKid (1 hari hingga 11+ tahun) :
  Kanak-kanak perlu membawa MyKid asal atau salinan beserta dengan MyKad / MyPR / Kad Pengenalan Tentera ibu/bapa / penjaga. Kanak-kanak yang tidak mempunyai MyKid perlu membawa sijil kelahiran asal atau salinan beserta dengan MyKad / MyPR / Kad Pengenalan Tentera ibu/bapa / penjaga.
2. MyKad (12 – 18 tahun) :
  Remaja perlu membawa MyKad asal atau salinan.
3. MyKad (19 tahun ke atas) :
  Dewasa perlu membawa MyKad asal atau salinan.
4. MyPR :
  Pemegang MyPR perlu membawa MyPR asal atau salinan.
Kategori Keahlian
1. Kanak-kanak :
  Keahlian kanak-kanak membolehkan mereka yang berumur dari 1 hari hingga 11+ tahun mengakses dan berinteraksi dengan Papan Pemuka Kanak-kanak. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
2. Remaja :
  Keahlian remaja membolehkan mereka yang berumur dari 12 hingga 18 tahun mengakses dan berinteraksi dengan Papan Pemuka Remaja. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
3. Dewasa :
  Keahlian dewasa membolehkan mereka yang berumur dari 19 tahun ke atas mengakses dan berinteraksi dengan Papan Pemuka Dewasa, forum diskusi, ulasan elektronik dan sebagainya.
Kemudahan Ahli
Ahli u-Pustaka diberi kemudahan untuk meminjam, memulangkan, memperbaharui dan membuat tempahan buku yang berada di setiap Perpustakaan Konsortium pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Keahlian Atas Talian (untuk semua)
Ahli atas talian perlu mendaftar dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian  di mana sahaja melalui Portal u-Pustaka di mana-mana sahaja melalui Portal u-Pustaka.
Yuran Keahlian
Keahlian adalah percuma.
Pertukaran Status Ahli
Pertukaran status ahli perlu dilakukan di dalam situasi berikut:
1. MyPR kepada MyKad / MyKid.
2. MyKad kepada Kad Pengenalan Tentera.
3. Kad Pengenalan Tentera kepada MyKad.
Pertukaran ini akan dikuatkuasakan dengan penghantaran e-mel kepada webmaster@u-library.gov.my.