Breadcrumbs

LATAR BELAKANG
 
Kewujudan sedia ada pengetahuan adalah penting bagi memastikan pembangunan negara. Peranan u-Pustaka dalam konteks pembangunan, perpaduan negara dan daya saing global adalah penting untuk mana-mana negara pada hari ini.
Dalam proses transformasi Negara untuk menjadi masyarakat berpengetahuan secara inklusif, perkhidmatan penyampaian maklumat yang inovatif telah memberi laluan kepada sumber pengetahuan, seterusnya menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja bagi meningkatkan kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan.
Era k-ekonomi membawa berita baik bagi dunia penyelidikan dan kesarjanaan untuk mendapatkan akses tanpa sempadan kepada koleksi keilmuan yang meluas buat sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.
Perkhidmatan u-Pustaka merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:
Seiringan dengan itu, Projek Perintis u-Pustaka direalisasikan menerusi kolaborasi inovatif bersama/dengan agensi-agensi berikut: